Tuan tanah kedaung WcFM masuk ke konti tepat jam 11 malam. Kenapa beliau mengaum? Siapakah mangsa beliau? Raja Rimba marah siapa semasa ke udara? Hahaha itu semua cuma gurauan dan kejutan semata-mata. Sejurus selepas itu, SAM beliau 'hang' kerana banyak sangat memutarkan iklan-iklan hahaha. Itulah gelaran baru untuk beliau iaitu Raja Iklan. Macam-macam iklan ada ahaks. Sehinggakan Tok Dalang, Wak Jamal, DoubleA dan Muncit mengusik Raja Rimba di karpet WarungChat dengan mengatakan beliau melebihkan iklan daripada lagu. Apa sudah jadi ni??? Teman berteman bersama hamba Ahaaa... Itulah 'tagline' beliau yang tak pernah lekang dari bibirnya semasa ke udara dan telah menjadi ikutan ramai. Beliau juga selalu menekankan sepotong ayat ini "Kita Kawan-Kawan Apa Mau Lawan" selaras dengan tema WcFM.
Tak cukup dengan itu, beliau tampilkan pula segmen Cuit-Cuit WcFM yang tengah hangat di Facebook WcFM sekarang ni. Segmen ini mendapat sambutan hangat di Facebook dengan pelbagai kiriman dan balasan daripada sahabat-sahabat Facebook. Terima kasih atas sokongan dan respon daripada anda semua. Segmen yang sungguh kreatif ini juga diilhamkan sendiri oleh beliau dengan bantuan lukisan karikatur daripada sahabat beliau sendiri iaitu David(kartunis). Banyak juga aksi-aksi lucu yang disampaikan oleh beliau sepanjang dalam menyelesaikan tugasan. David ditemubual sejurus selepas itu dan beliau ini juga berketurunan Jawa, dari seberang Indonesia.
Beliau juga hari ini ke udara secara berduet dengan Hairi Hermantino yang merupakan rakan beliau sendiri dan diterbangkan khas dari negara jiran kita Yogyakarta/Jogja, Indonesia. Kalau anda teruja nak tahu macam mana beliau mengomel jom kita sama-sama layankan celoteh beliau di WcFM. Hairi juga asyik mengusik-usik dan cuba mengushar Lyn. Wah pertemuan dua insan dari Indonesia dan Singapura. Untung-untung warga WcFM dapat makan nasi minyak tahun ini ahaks.
Hendak kenali beliau dengan lebih dekat dan lebih rapat lagi??? Marilah kita sama-sama skodeng beliau di Facebook dengan hanya add id Raja Rimba dan bagi yang berminat untuk membaca dan menyertai segmen Cuit-Cuit WcFM boleh lah add id warungchat. Jom layan yuk!!!
0 comments:
Post a Comment