Tok Dalang mengambil alih konti tepat jam 10 pagi. Beliau bersiaran dari pantai Barat. Mari sama-sama menemani beliau hari ini sehingga tepat jam 12 tengah hari. Sempena hujung minggu ini, beliau memutarkan lagu daripada pelbagai genre, tema bebas hari ini rupanya hahaha. Selain itu, beliau ada juga memutarkan lagu-lagu orang kahwin. Ya la pada hari cuti minggu macam ini tentulah ramai pasangan yang memilih untuk berkahwin. Jadi diucapkan kepada pasangan yang berkahwin tu, Selamat Pengantin Baru buat semua yang melangsungkan perkahwinan pada hari ini. Semoga kekal hingga ke liang lahad, amin. Kepak kepak kepung kepung kepung!!!
0 comments:
Post a Comment