Bermula jam 12.30 malam hingga tepat jam 3 pagi beliau telah ke udara. Siapa yang dimaksudkan itu? Siapa lagi kalau bukan Dj Tok Dalang kita. Dj ini merupakan orang lama tetapi berjiwa rockers. Setelah Muncit menegur Tok Dalang asyik memainkan lagu-lagu orang lama sahaja semasa ke udara, beliau lantas memutarkan lagu-lagu rock kapak. Tok Dalang geram dengan Muncit ke? Sebenarnya tak adalah macam itu kan tapi begitulah adat bercanda-tawa dan usik-mengusik yang berlaku di karpet warungchat. Dalam diam-diam, Tok Dalang mempunyai peminat yang datang jauh dari luar negara iaitu Cute_Whisper18 atau lebih mesra dikenali sebagai Lyn. Buktinya Lyn telah banyak meminta lagu semasa Tok Dalang ke udara. Beliau juga sinonim dengan lagu kanak-kanak seperti Lagu Tiga Kupang dan Lagu Doraemon. Pastinya Geng-geng Bas Sekolah memuja beliau juga. Ramai juga peminat beliau ini rupanya ya!!! Makin tua makin menjadi ahaks. Bak kata orang putih, "Life Begin at 40"..hahaha. Walau apa pun yang terjadi, diharapkan rakan-rakan pendengar jangan berganjak dari radio WcFM kerana pastinya dj-dj akan terus menghiburkan hari-hari anda.
0 comments:
Post a Comment