Setelah puas dari tidur, beliau bangkit bangun kemudian terus merestart komputer dan lantas ke udara. Itulah antara semangat yang ditunjukkan oleh beliau di WcFM. Benarkah beliau menjadi pujaan dan kegilaan dalam kalangan pendengar wanita? Hebat sangatkah beliau semasa ke udara? Benarkah rating pendengar naik mendadak jika beliau masuk ke konti? Banyak sangat ke hiburan yang diselitkan dalam segmen beliau? Otai sangat ke dj muda ini? Untuk menjawab semua teka-teki ini, jom sama-sama kita dengarkan suara macho beliau itu di sepertiga pagi ini. Beliau hari ini ditemani dengan tetamu istimewa iaitu Wak Jamal dan mereka ke udara secara berduet. Wak Jamal ini berketurunan Jawa dan merupakan sahabat baik kepada Tok Dalang. Siapa nak dengar mereka bertutur dalam bahasa Jawa dan berkaraoke bolehlah menyertai mereka. Tetamu yang kedua ialah Yad dari room Kedah 4 (Yahoo Messenger). Beliau ini merupakan salah seorang yang memutarkan lagu-lagu di WcFM dalam room tersebut. Apa lagi yang harus ditunggu-tunggu??? Mari kita sama-sama gegarkan WcFM. Kepada gadis-gadis di luar sana, rebutlah peluang keemasan ini sebelum ulatbulu ini dikebas orang. Ceriakan detik-detik anda bersama dengan Dj Ujang AKA Dj Poyo hahaha. Di mana lagi kalau bukan di WcFM, Kita Kawan-kawan Tak Mahu Lawan. Pendengar yang dihormati sekalian, jangan lupa minta lagu banyak-banyak ya. Inilah masa untuk menguji taring beliau sama ada berbisa atau pun tidak wakaka. Jangan marah ya Jang ahaks...
0 comments:
Post a Comment